![]()
Selalunya kita mendengar kanak-kanak atau remaja belasan tahun yang cenderung untuk terpengaruh dengan apa yang mereka tonton di kaca TV. Tidak kiralah aksi ganas ahli gusti atau lagak ngeri terjun bangunan meniru gaya adiwira Superman. Namun di Rompin, Pahang, lain pula ceritanya.
Seorang lelaki menembak mati suami kekasihnya menggunakan senapang patah buatan sendiri dalam kejadian pada 24 Oktober lalu itu. Paling mengejutkan, tindakannya itu terinspirasi dari novel Titian Cinta yang kini diadaptasi ke drama lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah yang hangat diperkatakan di media sosial sebelum ini.
Bukti cinta kepada isteri mangsa
![]()
Suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta berkenaan. Ketika ditahan novel ada dibawa bersamanya.
Suspek menembak mangsa dikenali sebagai Zubir dari jarah 5 meter untuk membuktikan cintanya kepada isteri mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, mangsa dan isterinya adalah pasangan warga Indonesia yang sudah 2 tahun berkahwin namun sedang mengalami keretakan rumah tangga.
Siasatan mendapati suspek dan isteri mangsa sudah menjalinkan hubungan sulit selama 4 bulan. Namun tindakan Zubir memujuk isterinya dan mahu membawa pulang si isteri ke Acheh membuatkan suspek berang.
Suspek kemudian berjumpa dengan mangsa di sebuah premis mencuci kenderaan di Felda Keratong 2 bersama senapang buatan sendiri.
Sumber: Kosmo Online , Berita Harian





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)