berita

Instafamous Buat Video Dengan Polis Dah Kena Kompaun

May 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang instafamous telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 gara-gara tidak memakai pelitup muka dalam video rayanya baru-baru ini yang membabitkan anggota polis berpakaian seragam lengkap.

Dikompaun kerana melanggar SOP

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, kompaun telah dikeluarkan kerana individu berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Individu berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan berkenaan isu tidak memakai pelitup muka terbabit. Hasil siasatan polis mendapati lokasi adegan raya berkenaan telah dilakonkan di kawasan Bukit Rimau, Presint 3.

Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam.

Tiada kebenaran dikeluarkan oleh pihak polis

Katanya lagi, individu tersebut tidak memakai pelitup muka serta dilihat mempersendakan alasan-alasan yang telah diberikan untuk tujuan merentas negeri.

Walau bagaimanapun, ketua polis mengatakan bahawa tiada kebenaran dikeluarkan daripada pihaknya dan pihak polis yang terbabit tidak menerima sebarang bayaran mahupun sagu hati.

Kedua-dua anggota polis serta seorang anggota tentera yang terbabit di dalam video berkenaan sebenarnya sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di IPD Putrajaya.

Sumber : Bernama

SKIP THIS AD ×