berita

Instafamous Mengaku Rentas Negeri Pergi Honeymoon?

March 19th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, buat masa ini merentas negeri adalah dilarang semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kecuali atas sebab-sebab tertentu. Namun, seorang Instafamous berkongsi gambar dan video mereka dipercayai sedang berbulan madu di laman Instastories hingga mencetuskan persoalan ramai.

Rentas negeri untuk bulan madu

Tindakan Influencer tersebut menjadi pertikaian orang ramai kerana mereka didakwa merentas negeri semata-mata ingin berbulan madu. Difahamkan mereka baru sahaja bernikah pada tahun ini dan tidak sempat kemana-mana memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di Malaysia.

Influencer tersebut menjawab beberapa soalan mengenai perkara ini selepas diajukan soalan daripada netizen. Dia mendakwa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri.

Dah booking sejak Disember

Bolehlah, dah booking sejak December. Tapi kalau jenis strict, pandai-pandai lah hadap.

Menurutnya, dia sudah lama menempah tempat penginapan dan atas alasan itu kebenaran diberi. Namun dia tidak menafikan kebenaran diberi atas budi bicara pihak berkuasa. Dia juga memberitahu mematuhi SOP sepanjang ‘honeymoon’ itu.

Ikut atas pegawai

Kenapa korang buat teruk? Pergi jelah ambil surat, belum cuba dah jeles.

Namun di media sosial, ramai kurang senang dengan perkongsian instafamous ini. Dakwa mereka alasan yang diberikan untuk merentas negeri tidak munasabah dan menimbulkan keraguan.

Bestnya honeymoon je boleh rentas negeri. Orang lain bertadah air mata sebab tak boleh nak rentas negeri untuk jumpa family

Tak kurang juga yang menasihati agar orang ramai tidak mendedahkan perkara sebegini kepada umum jika merentas negeri atas alasan berhibur untuk menjaga sensitiviti orang lain.

Walau bagaimanapun, mereka berdua tidak kisah dengan tanggapan orang ramai kerana percaya bahawa tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang memandangkan sudah mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Sumber : Twitter

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×