berita

“InsyaAllah Kalau Jodoh Kami Dah Sampai” – Anzalna Nasir

August 15th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Para peminat diluar sana pasti ada yang tidak tahu status sebenar pelakon, Anzalna Nasir yang kini sering muncul di televisyen dengan rancangan “Sirrun”.

Sebagai seorang finalis Dewi Remaja 2010, Anzalna memang mempunyai wajah dan penampilan yang menarik dan mampu membuat setiap orang tertarik dengan caranya yang sopan dan lembut. Tetapi, disebalik semua itu, Anzalna sebenarnya sudah mempunyai seorang kekasih yang tampan serta sentiasa mencintainya.

Ketika ditemubual oleh wartawan Malaysian Digest, Anzalna telah memberitahu mengenai perancangan mereka berdua untuk berkahwin sebelum umur mencecah 26 tahun.

“Hubungan kami okay. Kalau boleh kami nak kahwin secepat yang mungkin. Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama-sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum 26. InsyaAllah kalau jodoh kami dah sampai.”

Mereka berdua khabarnya telah berkenalan sejak 5 tahun yang lalu dan mula menjalinkan hubungan cinta hampir satu tahun. Untuk pengetahuan, Anzalna sebelum ini pernah dikaitkan dengan gosip cinta bersama Aeril Zafril.

SKIP THIS AD ×