Jika ada yang masih ingat, kejadian Tsunami yang berlaku di Selat Sunda pada tahun lalu telah mengorbankan ratusan nyawa termasuk tiga ahli kumpulan Seventeen dan juga isteri kepada vokalis kumpulan tersebut, Dylan Sahara. Vokalisnya, Riefian Fajarsyah atau Ifan yang terselamat dalam bencana itu mengalami detik paling menyedihkan dalam hidupnya apabila kesemua insan yang disayangi hilang dalam sekelip mata ketika mereka sedang membuat persembahan di atas pentas.
Baru-baru ini, Ifan telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya bagi menitipkan ucapan buat isteri kesayangan yang sepatutnya meraikan hari lahirnya pada 23 Disember lalu.
Walaupun terlalu singkat
https://www.instagram.com/p/B6ZjTYFj4qz/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi posting terbaru yang dibuat penyanyi itu, Ifan menceritakan keperibadian arwah isterinya yang disifatkan terlalu baik dan sangat bertanggungjawab. Katanya meskipun terlalu singkat, namun dia menyifatkan dirinya sangat beruntung kerana mampu mencintai dan dicintai isterinya, Dylan.
Luah Ifan, isterinya itu tidak pernah berasa penat untk memperjuangkan apa yang diimpikan oleh mereka berdua sepanjang hayatnya. Walaupun tidak lagi mampu untuk menyambut hari kelahirannya selepas ini, penyanyi berusia 36 tahun itu berharap agar mereka mampu meraikannya ketika di syurga suatu hari nanti.
Netizen terharu
Ucapan hari lahir yang dibuat Ifan itu ternyata telah mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikutnya di Instagram. Rata-ratanya turut menitipkan doa buat arwah isterinya itu serta mereka juga berharap agar penyanyi tersebut diberikan ketabahan di atas ujian yang diberikan Allah terhadapnya.
Sumber: Instagram ifanseventeen