berita

Intai Orang Buang Air Besar, Lelaki Ini Didenda RM100

July 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara mengintai seorang lelaki sedang membuang air besar di dalam tandas sebuah stesen minyak, seorang pembantu kedai yang dikenali sebagai Sweepin Sahirati, didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam. Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Penjara jika gagal membayar denda

Menurut Majistret Nurshahira Abdul Salim, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda yang telah ditetapkan. Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut dipercayai mengintai seorang kerani berusia 27 tahun, di tandas lelaki sebuah stesen minyak di Petaling Jaya, 27 Jun yang lalu.

Mangsa dipercayai memasuki tandas tersebut kerana sakit perut, namun ketika sedang membuang air besar, mangsa terlihat bayang-bayang seseorang sedang beronani. Ekoran daripada itu, mangsa juga ternampak satu lubang dan tertuduh sedang memandangnya, sebelum mengaku mengintainya. Kesalahan tersebut, didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×