
Pelakon Datin Intan Najuwa menerima pujian kerana tidak meminta sebarang diskaun ketika diajak singgah ke restoran milik seorang usahawan.
Artikel Berkaitan: Netizen Mengucap Tengok Harga Bib Anak Intan Najuwa – ‘Macam Bajet Makan Lunch Sebulan’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Intan selebriti yang baik

Menerusi perkongsian di Threads, usahawan dikenali Nabilah Nazib berkongsi dia mengajak aktres itu singgah di restorannya di London kerana Intan berada di sana untuk beberapa hari.
Bagaimanapun, dia tidak menjangka Intan akan singgah menjamu selera dan memuat naik tentang restorannya di Instagram Story (IGs).
Intan datang kedai kecil kami iaitu Java Fusion dekat London.
Masa jemput dia datang, saya berharap sangat dia sudi untuk datang sebab kedai kami luar central London dekat Acton.
Tiba-tiba Intan dengan suami dia datang. Dia tidak mahu diberikan diskaun dan nak bayar penuh harga keseluruhan makanan.
Intan pun siap muat naik di IGs tentang kedai kami.
Dalam pada itu, Nabilah turut memuji sikap rendah diri Intan serta menyifatkan aktres tersebut sebagai antara selebriti bertaraf A-list.
Sebaknya rasa. Intan bukan sahaja selebriti A-list yang baik dan rendah tetapi juga kawan yang baik.
Intan juga bagi rating 10/10. Alhamdulillah.
Sumber: Threads








