
Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal apabila dituduh menyambut Hari Natal (Christmas) bersama keluarga pembantu rumahnya.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Syukur Suami Mudahkan Urusan, Bayar 3 Pembantu & Jururawat ‘Private’ Jaga Anak – ‘Lega Sangat’
Tak sambut
Menurut pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dia hanya membantu membawa keluarga pembantu rumahnya datang ke Kuala Lumpur kerana mereka sudah lama tidak bertemu.
Kata Intan, dia sememangnya tidak menyambut Hari Natal kerana bukan agamanya.
Sudah agak mesti ada komen yang tidak elok. Saya tidak sambut Christmas.
Pembantu rumah saya seorang kristian jadi saya bawakan keluarganya datang ke Kuala Lumpur untuk sambut Christmas bersama.
Bukanya saya sekali terkinja sambut dengan mereka. Niat nak menyatukan keluarga yang sudah lama tidak berjumpa saja.
Sebelum ini, pelakon drama Suamiku Mr Blind itu berkongsi telah menerbangkan keluarga pembantu rumahnya, Jussele ke Kuala Lumpur selepas sekian lama berjauhan.
Kata Intan, individu tersebut telah menjaga anaknya, Imane Lunara dengan penuh kasih sayang.
Sumber: Threads