

Selepas lebih sebulan melahirkan, pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya berkongsi wajah anaknya iaitu Imane Lunara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Imane Lunara Memang Betul Copy Paste Muka Ayah Dia’ – Intan Najuwa
Kongsi wajah anak
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid memuat naik beberapa foto memaparkan kecomelan serta beberapa momen tumbesaran anak sulungnya itu.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian wargamaya yang rata-ratanya teruja melihat kecomelan Imane Lunara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan agar Imane Lunara membesar menjadi anak yang solehah buat Intan dan suami.
Terdahulu, Intan mencuri perhatian apabila memaklumkan wajah anaknya mirip sekali dengan suaminya iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.
Untuk rekod, Intan dan Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.
Komen netizen



Sumber: IG Intan Najuwa






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)