
Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil menjelaskan kekeliruan segelintir pihak berhubung hasratnya untuk mencuba kaedah kelahiran secara Vaginal Birth After Cesarean (VBAC) bagi cahaya mata keduanya nanti.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Karpet Kotor, Intan Najuwa Larang Makanan Dibawa Masuk Bilik – ‘Bilik Lunara Dilarang Tumpahkan Susu’
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’
Bersalin normal
View on Threads
Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, menegaskan dia sekadar meminta tips daripada para ibu yang mempunyai pengalaman VBAC memandangkan telah mendapat kebenaran daripada doktornya.
Tak bermakna saya anti C-sec. Anak pertama saya pun lahir secara C-section sebab masa tu keutamaan saya memang nak bayi dan ibu selamat dan sihat.
Malah, saya sendiri yang terus setuju bila doktor nasihatkan macam tu.
Intan turut membidas dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya terlalu mementingkan kelahiran normal berbanding kaedah lain sehingga mengaitkannya dengan isu perkauman.
Kata Intan pertanyaannya tiada kaitan dengan bangsa namun hanya bertanyakan tips kepada para ibu mengenai VBAC.
Benda ni tiada kaitan langsung dengan bangsa atau ‘Malay mindset’. Kawan-kawan saya dari pelbagai bangsa pun ada macam-macam pilihan dan pengalaman sendiri.
Isu ni bukan pasal ‘nak sangat beranak normal’ atau nak buktikan apa-apa pun.
Kalau dapat rasa VBAC, alhamdulillah. Kalau tak dapat, tidak mengapa. Pada akhirnya, saya akan tetap ikut nasihat doktor.
Sebelum ini, Intan memuat naik hantaran meminta doa kepada orang ramai supaya dia dapat menggunakan kaedah VBAC untuk kelahiran anak keduanya nanti.
Dalam perkongsian tersebut, Intan turut mengajak para ibu berkongsi pengalaman dan tip bagi meningkatkan peluang untuk melahirkan secara VBAC.
Bagaimanapun, hantaran itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial apabila seorang doktor mengaitkan bersalin normal sangat sinonim dengan masyarakat Melayu.
Sumber: Threads