Pelakon Intan Najuwa menyifatkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman seorang lelaki yang hebat dan luar biasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Intan Najuwa ‘Sound’ Netizen Cakap Rambut Pendek Macam ‘Girlfriend’ Popeye
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Jantina Bayi Boleh Berubah, Intan Najuwa Beri Respons – ‘Saya Sudah Lakukan Ujian & Imbasan’
‘Saya percaya awak akan jadi bapa yang hebat’
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid percaya dan yakin bahawa suaminya itu mampu menjadi bapa yang terbaik buat anak sulung yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.
Kepada suami saya yang bakal menjadi bapa tidak lama lagi, awak sangat luar biasa. Saya tiada keraguan dan percaya awak akan jadi bapa yang hebat untuk anak-anak kita.
Sementara itu, Intan akui sikap Azraf yang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengasihinya sama seperti sikap yang dimiliki oleh bapanya.
Cara awak banyak menjaga saya mengingatkan kepada ayah saya sendiri dan sekarang saya nampak awak sudah melangkah ke peranan seterusnya (menjadi bapa).
Terima kasih untuk segala kasih sayang yang awak berikan.
Terdahulu, Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Sumber: Instagram Intan Najuwa