
Pelakon Datin Intan Najuwa mengakui bahawa dia lebih selesa mengamalkan sikap tegas dan disiplin dalam membesarkan anaknya, Imane Lunara.
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Check Up Baby, Lunara Akan Dengar Degupan Jantung Adik.. Dia Pun Suka Pegang Perut Saya’ – Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: Jarak Kehamilan Kedua Tak Sampai Dua Tahun Selepas Czer, Intan Najuwa Beri Pandangan – ‘Jangan Ikut Saya, Dengar Nasihat Doktor Sendiri’
Intan Najuwa tegas dengan anak

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, dia tidak mahu anaknya itu membesar dalam keadaan terlalu dimanjakan sehingga tidak mampu berdikari di masa hadapan.
Memang pernah marah! Hari-hari. Saya memang tegas dan agak garang. Bila saya cakap ‘tak’, memang tak.
Sekarang pun saya sudah mula ajar dia bukan semua yang dia nak, dia boleh dapat.
Dari peringkat bayi lagi saya dah mula didik macam tu. Kalau dia melawan penjaga dia, saya akan masuk campur dan betulkan dia.
Pendedahan itu dibuat menerusi satu sesi soal jawab di Instagram Story miliknya baru-baru ini. Menjawab pertanyaan seorang pengikut yang berasa bersalah kerana sering memarahi anak, Intan mengakui dia juga melalui situasi yang sama setiap hari.
Didik anak supaya berdikari

Menurut pelakon drama Racun Rihanna ini, menegur atau memarahi anak untuk tujuan mendidik adalah sebahagian daripada proses menjadi seorang ibu yang bertanggungjawab dan bukanlah satu tanda kegagalan.
Dan sebenarnya, kalau kita marah anak, itu tak bermaksud kita ibu yang jahat.
Itu memang sebahagian daripada menjadi seorang ibu. Kita mendidik, membimbing dan membetulkan mereka dengan cara masing-masing.
Malah Intan juga berpendapat bahawa kasih sayang tanpa disiplin yang betul hanya akan merosakkan karakter anak apabila dewasa kelak.
Saya juga sedang cuba setiap hari untuk ajar Lunara supaya lebih berdikari dari sekarang. Sebab satu hari nanti, kalau saya dan ayah dia tiada, saya mahu dia tahu macam mana nak jaga diri sendiri, jadi kuat, dan tidak terlalu bergantung pada orang lain.
Bukan soal menjadi kasar, tapi ini realiti hidup dan saya mahu dia bersedia. Jadi jangan rasa bersalah kalau kita marah anak. Kadang-kadang memang perlu.
Kalau tidak, nanti anak jadi terlalu manja pun tak Boleh. Semuanya tentang keseimbangan, kasih sayang dan disiplin, kedua-duanya sama penting.
Sumber: Instagram Intan Najuwa







