Pelakon, Datin Intan Najuwa menegaskan warna kulit, bentuk serta saiz badan bukanlah satu topik yang perlu dibincangkan memandangkan ia merupakan perkara yang sensitif dan bersifat peribadi.

Artikel Berkaitan: Netizen Cakap Kulit Gelap, Intan Najuwa Respon – ‘Saya Memang Bukan Putih’

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Akui ‘Anxiety’ Bawa Anak Melancong – ‘Kereta Atau Kapal Terbang, Semua Paranoid’

Perkara sensitif

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berpendapat bahawa orang ramai tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan warna kulit individu lain.

Menurut Intan, topik tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan perbualan.

Tanya sebab pelik atau buat-buat pelik tetap tidak perlu.

Warna kulit, bentuk badan, saiz dan seumpamanya bukanlah topik yang wajar ditanya, dijadikan bahan gurauan atau dipersoalkan.

Ia satu topik yang sensitif dan peribadi.

Intan berkata demikian selepas membalas komen netizen yang mengatakan individu yang mempersoalkan warna kulitnya berniat untuk tidak mengecam tetapi cuma berasa hairan.

Malah, pelakon drama Jodohku Babbysitter itu menegaskan orang ramai perlu belajar untuk berdiam diri daripada mengulas hal peribadi orang lain.

Tidak perlu jadikan bahan perbincangan. Jika bukan tubuh awak, lebih baik diam.

Belajar untuk diam dan tidak membahaskan tentang perkara itu.

Sebelum ini, terdapat segelintir individu yang memperlekeh warna kulitnya selepas tular sebuah videonya memakai busana serba putih dalam sebuah majlis.

Sumber: Threads