Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa terharu apabila suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman mengambil inisiatif mencetak gambar mereka bersama anak, Imane Lunara, untuk disimpan dalam album sebagai kenangan.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Buntu Fikir Menu Masakan Untuk Suami 

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Beli Barangan Runcit Setiap Dua Minggu – ‘Ayam Beli Lapan Ekor, Rumah Hari-Hari Macam Kenduri’

Kelakar tapi comel

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata pada awalnya dia tidak mengetahui tentang perkara itu kerana Azraf tidak memaklumkan kepadanya.

Namun, apabila Intan membelek album tersebut dia berasa terkejut kerana tidak menyangka Azraf mencetak gambar keluarga mereka.

Intan berkongsi perkara itu di Threads, baru-baru ini.

Ternampak album ini di atas meja suami. Sangat sweet suami saya.

Hari itu saya jumpa gambar yang diletakkan dalam bingkai gambar.

Hari ini saya jumpa album. Saya fikirkan album apa rupa-rupanya suami print semua gambar-gambar dan satukan dalam bingkai gambar dan album.

Kata Intan, Azraf sangat suka membeli-belah secara dalam talian. Oleh itu, dia mengesyaki album dan cetakan gambar itu dipesan melalui platform e-dagang.

Meskipun nampak remeh, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui perkara kecil sebegitu cukup untuk membuatkan gembira.

Kelakar tapi comel.

Perkara kecil sebegini membuatkan saya gembira.

Sumber: Threads