berita

Intan Saleh Lantik Peguam, Bakal Berhadapan Dengan Izreen Azminda & Bekas Suami

March 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Intan Saleh baru-baru ini telah menerima bantuan daripada pihak peguam berhubung penerimaan surat tuntutan daripada bekas suaminya, Ude Wahid dan isteri yang juga pelakon Izreen Asminda, kerana isu hantaran di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Best Pun Sibuk Hal Hang’ – Izreen Azminda Harap Intan Saleh Tak Ilusi & Twist Cerita, Jom Jumpa Bawa Suami Sekali

Artikel Berkaitan: ‘Nak Jumpa Depan Pun Boleh, Bawa Laki Kau Sekali’ – Izreen & Suami Bengang Intan Saleh Tak Nak Bersemuka Selesaikan Masalah?

Artikel Berkaitan: ‘Aku Ada Rampas Apa-Apa Dari Kau Ke? Mengugut Tak Sudah’ – Intan Saleh ‘Perang’ Balik Dengan Izreen Azminda

Bantuan peguam percuma

Berhubung konflik yang telah dilalui oleh Intan setelah menerima pelbagai kenyataan balas daripada pihak Izreen dan Ude, akhirnya dia telah diwakili oleh peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan. Perkara tersebut telah dikongsi oleh Intan menerusi hantaran terbaharunya di Instagram (IG).

Alhamdulilah! Intan pun dah ada peguam.

Berdasarkan perkongsian tersebut juga, peguam yang mewakili Intan telah membuat kenyataan bahawa mereka rasa terpanggil untuk membantu Intan secara percuma bagi mendapatkan hak dan keadilan.

Baru-baru ini Intan telah menerima surat tuntutan daripada bekas suami dan isteri barunya atas terbitan posting yang dibuat oleh pihak beliau. Tak ada masalah saya ada, kita jalan terus!

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai warganet yang menyokong tindakan beliau, malah isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri yang juga menghadapi masalah kemelut rumah tangga dilihat turut meninggalkan komen.

Come on Kak Intan! Shu ada dekat sini berdiri sebelah Kak Intan juga. Allah Maha Mengetahui setiap perkara.

Sering balas kenyataan

Terdahulu, konflik rumah tangga yang melanda antara Intan Saleh bersama bekas suami dan juga pelakon Izreen Asminda dilihat tidak terhenti selepas Intan dan Ude bercerai malah pada Januari lalu mereka dilihat saling berbalas-balas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Pelakon berusia 37 tahun itu juga mahu berdepan dengan Intan untuk berbincang serta dia juga telah menyerahkan perkara tersebut kepada pihak peguam.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×