berita

Iqbal Zulkefli Sanggup Berhabis RM200,000, Cari Komposer Lagu Raya – ‘Saya Janji Tidak Akan Rosakkan Industri Muzik’

February 19th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Iqbal Zulkefli

Pempengaruh dan penyanyi, Iqbal Zulkefli menyatakan dia dalam usaha mencari mana-mana komposer yang sudi bekerjasama bagi menghasilkan lagu raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan: Selesai Proses Kurus, Iqbal Zulkefli Dedah Tak Boleh Sentuh Makanan Selama Sembilan Hari – ‘Saya Kerap Muntah’

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Lawan Netizen, Tak Akan Menang’ – Iqbal Zulkefli Nasihat Syamimia Gunakan Kebijaksanaan Main Media Sosial

Lagu raya bajet RM200,000

Iqbal Zulkefli

Menerusi hantaran di Facebook, pemilik nama lengkap Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, berkata dia sanggup menawarkan wang berjumlah RM200,000 bagi merealisasikan impiannya itu.

Saya cari komposer lagu raya. Bajet RM200,000 sahaja jangan lebih. Paling penting saya tidak mahu ada unsur ‘bukan-bukan’ dalam lagu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Iqbal berkata dia tidak menetapkan sebarang syarat untuk bekerjasama dengan komposer lama mahupun baharu.

Dalam masa sama, dia berharap tiada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas tawaran yang disebutkan.

Saya tidak kisah untuk kerjasama dengan orang lama atau baru dalam mencipta lagu. Tetapi saya berharap tiada yang ambil kesempatan atas tawaran yang saya sebutkan.

Saya tahu untuk menilai harga dan kualiti. Ada orang profesional di belakang saya. Kita fikir untuk kerjasama yang lama. Banyak lagi lagu yang saya mahu terbitkan.

Tolong sesiapa boleh buatkan lagu raya untuk saya, bisnes sedang perlahan. Cuma masa agak suntuk, kalau boleh saya mahu buat secepat mungkin.

Untuk info, Iqbal pernah menerbitkan sebuah lagu berjudul Hujan pada 2022.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×