berita

Iqbal Zulkifle Mengaku ‘Gila Glamour’

July 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkifle mengaku dirinya seorang yang suka mengejar populariti sejak dahulu lagi.

Artikel Berkaitan: ‘Sedangkan Lautan Sanggup Ku Renangi, Inikan Pula Inspektor Laa’ – Iqbal

Artikel Berkaitan: ‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’ – Inspektor Sheila

Tak bayar media

Menurut Iqbal, populariti yang dikejar bukan untuk meraih pujian semata-mata, sebaliknya suka hidup bermasyarakat dan dikenali ramai.

Adakah saya gila glamour? Ya, sejak dulu saya mengaku sebab bagi saya ia lebih jelas dan mudah untuk orang faham. Ada perkara saya memilih untuk privasi.

Sebenarnya saya bukan ingin dipuji-puji, namun suka bermasyarakat. Jika orang kenal, pergi ke mana-mana saya boleh bermesra dengan orang ramai

Adakala saya dianggap lurus bendul, kenapa? Saya lebih suka jujur kerana bagi saya, jika kita tidak jujur, ia akan menyusahkan diri sendiri untuk memerah otak mencipta jawapan.

Jika tanya kepada saya hal-hal 10 tahun lalu, nescaya jawapan saya tetap sama. Ada waktu bukan tidak mahu tegas sebaliknya saya tidak suka perdebatan.

Iqbal berkongsi mengenai perkara itu menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya pada Khamis.

Sementara itu, Iqbal turut berkongsi mengenai pendiriannya kepada pihak media dengan berjanji tidak akan bersikap sombong dan menjatuhkan nama orang lain.

Apa pendirian saya dalam media? Saya berjanji tidak akan sombong dengan media dan masyarakat. Tidak akan menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri. Tidak akan terlibat dengan ‘scammer’. Tidak jadikan bahan konten dalam hal serius.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×