berita

iQiyi Hidangkan Pelbagai Drama Menarik Bergenre Cinta, Fantasi & Thriller Bulan ini!

August 13th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Sekejap je dah masuk bulan Ogos kan dan kita masih lagi duduk di rumah. Tapi takpe, sebab iQiyi setia menemani hari-hari korang di rumah tu.

Cakap je nak tengok drama tempatan, K-drama, C-drama ataupun program variety, semuanya korang boleh layan di iQiyi. Jom kami kongsikan antara drama-drama terbaru sepanjang bulan Ogos ini!

Drama tempatan terbaru!

1. Hello, Jangan Tapau Cintaku

Drama 13 episode bergenre cinta, kekeluargaan dan persahabatan ni mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang rajin dan berpendidikan tinggi tetapi berasal dari keluarga miskin. Dia bekerja di sebuah syarikat milik Ash Fayyad yang sombong.

Kisah bermula apabila Ash menawarkan RM5,000 kepada mana-mana pekerjanya yang mampu menjaga adiknya yang lumpuh, Alia Feyda. Ramai jururawat telah mengundurkan diri kerana tak tahan dengan perangai Alia. Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya terus menerima tawaran tersebut.

Korang rasa, akan berputik ke cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti? Kalau nak tahu kesudahannya, korang boleh saksikan drama bersiri Hello, Jangan Tapau Cintaku yang bakal ditayangkan secara EKSKLUSIF pada 4 Ogos ini, jam 10 malam, setiap Rabu hingga Sabtu di iQ.com.

Confirm tak bosan layan K-drama!

1. The Great Shaman Ga Doo Shim

Buat korang yang suka drama misteri dan fantasi, korang kena layan drama bersiri terbaru ni. Drama yang mengisahkan tentang percintaan antara dua pelajar sekolah menengah ni memang unik.

Ga Doo Shim ingin hidup sebagai pelajar sekolah biasa tetapi tak dapat mengelak dari takdir dan dilahirkan sebagai seorang dukun. Namun, dia sangat berani dan kuat dalam melawan roh-roh jahat ketika menyelesaikan kes-kes misteri. Na Woo Soo pula, seorang pelajar yang kaya, tampan, dan cemerlang dalam pelajaran. Ketika Ga Doo Shim tiba-tiba muncul dalam hidupnya, dia memperoleh kemampuan untuk melihat roh jahat, dan keduanya terjerat dalam kes misteri bersama.

Menarik kan drama ni? Apa lagi, jomlah tonton secara EKSKLUSIF di iQ.com, setiap Jumaat pada pukul 7 malam!

2. The Road: The Tragedy of One

 

Drama 12 episode yang dibintangi Ji Jin Hee dan Yoon Se A ni mengisahkan tentang rahsia, keinginan, kesalahan dan keselamatan penduduk yang tinggal di Royal The Hill, iaitu tempat di mana hanya penduduk yang terbaik diami.

Drama bertemakan thriller dan misteri ni dah pun mula ditayangkan di iQ.com pada setiap Khamis dan Jumaat, pada pukul 12 malam.

C-drama pun terbaik!

1. Crush

Sang Wuyan, seorang senior, bercita-cita ingin menjadi seorang broadcaster, bekerja sebagai pembantu pembaca berita di stesen radio. Dia sangat mengagumi penulis lagu misteri Yi Jin. Sang Wuyan telah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Su Nianqin, yang cacat penglihatan.

Sang mendapat tahu bahawa Su adalah penulis lirik “Yi Jin” dan jatuh cinta padanya. Namun dek salah faham, mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, Sang Wuyan menjadi host radio dan penglihatan Su Nianqin sembuh serta mula menguruskan syarikat keluarganya. Akhirnya, mereka menghidupkan kembali hubungan mereka setelah menghadapi pelbagai rintangan.

Jom layan drama romantik 24 episode ini di iQ.com.

2. Sweet Teeth

Drama 24 episode yang bergenre kehidupan dan cinta ni menceritakan tentang Zeng Li, seorang pustakawan cantik yang jatuh cinta dengan Ai Jingchu, seorang doktor gigi yang cool. Wu Ying, kawan baik Zeng dan doktor bilik kecemasan, diminati oleh Liu Yucheng, seorang pelajar luar negara, dan mereka jatuh cinta. Ma Yiyi dan Deng Haoran, cinta pertamanya, menyedari bahawa mereka masih saling mencintai walaupun terdapat salah faham dan kesusahan.

Kalau korang nak tahu pengakhiran kisah percintaan yang manis, jom layan Sweet Teeth yang bakal ditayangkan secara EKSKLUSIF di iQ.com nanti.

3. Love Under The Fool Moon

Drama yang dibintangi Ju Jingyi dan Zheng Yecheng ini bertemakan percintaan yang romantis dan fantasi. Lei Chuxia yang hidup di zaman moden hilang ingatan apabila melintasi supermoon, lalu bertemu dengan Xu Xiaodong dan melalui perjalanan yang ajaib dan magikal.

Drama unik 24 episode ini bakal ditayangkan di iQ.com tak lama lagi!

4. The Ferryman – Legends of Nanyang

Drama 36 episode ni mengisahkan tentang Xia Dongqing yang mempunyai keistimewaan iaitu Ying & Yang Eyes yang boleh melihat hantu dan Zhao Li, pengangkut jiwa yang telah hidup seribu tahun. Disebabkan kelebihan mereka, mereka boleh berkomunikasi dan membantu roh-roh yang tidak aman.

Kalau nak saksikan drama original pertama iQiyi di Asia Tenggara ni,  jom tonton The Ferryman – Legends of Nanyang, bermula 24 Ogos, setiap Selasa hingga Khamis, jam 8 malam di iQ.com.

Asyik layan drama je, jom berhibur dengan program variety!

1. Girls Planet 999

Program realiti yang disertai oleh peserta wanita dari Korea, China dan Jepun ini membawa matlamat dan impian yang sama dari setiap peserta untuk debut dalam kumpulan idol, disebalik bahasa dan budaya yang berbeza. Program ini juga menampilkan tetamu undangan seperti Yeo Jin Goo, Tiffany (ahli Girls’ Generation) dan Sunmi (bekas ahli Wonder Girls).

Girls Planet 999 dah pun mula ditayangkan pada 6 Ogos ini secara EKSKLUSIF di iQ.com.

Jom nikmati pelbagai faedah ekslusif di iQiyi!

Selain percuma dan eksklusif, korang juga boleh nikmati lebih 30,000 kandungan Melayu, Cina, Korea & anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos, dan HD Penuh (4K). Bestnya!

Dah daftar untuk vaksin? Nikmati akses VIP PERCUMA di iQiyi! #iQiyiBersamaRakyat

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setianya, iQiyi kini bekerjasama dengan COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) dan pelbagai jenama bagi mendorong orang ramai untuk mendapatkan vaksin.

Ini juga sebagai salah satu usaha untuk membawa negara kita selangkah lebih dekat kepada matlamat imuniti kelompok. iQiyi juga berjanji untuk memberi penghargaan kepada rakyat Malaysia dengan memberi akses VIP percuma kepada mereka yang sudah mendaftar untuk menerima vaksin!

Nak tahu macam mana nak dapatkan akses VIP iQiyi percuma selama 2 minggu?  

Akses VIP percuma akan diberikan kepada korang yang memenuhi salah satu kriteria di bawah:

  • Telah mendaftar untuk menerima vaksin atau sudah menerima vaksin
  • Menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
  • Menempah ujian covid di BP Healthcare

Best kan? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom layari www.iQiyiBersamaRakyat.com.

Duduk rumah dan kekal selamat bersama iQiyi!

SKIP THIS AD ×