berita

iQiyi Kukuh Kedudukan Di Malaysia, Jalin Kerjasama Dengan Media Prima & Celcom

March 25th, 2021 | by Wan
Shout Out!

Penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif atas talian, iQIYI International mengukuhkan kedudukannya di Malaysia melalui kerjasama strategik dengan dua syarikat ternama – syarikat penciptaan kandungan media daIn hiburan terulung, Media Prima, dan Celcom Axiata Berhad (Celcom), satu syarikat telekomunikasi terbesar negara.

Melalui pencapaian yang amat memberangsangkan pada akhir tahun 2020 dengan mencatat jumlah pengguna lebih 15 kali ganda, iQiyi mempertingkatkanlagi komitmennya untuk melabur dalam ekosistem hiburan tempatan di Malaysia menerusi kerjasama dengan Primeworks Studio.

Langkah strategik

Ketika mengumumkan perkongsian ini pada satu sidang media, Dinesh Ratnam, Pengurus iQiyi International Malaysia, Singapura dan Brunei berkata kerjasama dengan Primeworks Studio dan Celcom merupakan satu langkah yang amat strategik dan merupakan satu sinergi yang bakal membolehkan mereka memberikan hiburan mutlak yang terbaik.

Kami agak baharu dalam bidangpenstriman di Malaysia, namun kami memiliki impian yang besar bukan sahaja untuk menambah jumlah pengguna, tetapi juga berhasrat untuk menambah baik katalog tontonan terbaik sekaligus menawarkan hiburan yang terbaik dari Asia. Kami juga merupakan sebuah platform penstriman yang paling pesat berkembang di Malaysia sejak lebih 12 bulan yang lalu. Kini, kami berazam untuk menjadi pemacu utama ekosistem hiburan tempatan dengan menjalin hubungan jangka panjang yang erat di antara pengguna serta rakan kongsi kami.

Tonton drama popular TV3 di iQiyi

Perjanjian tahunan yang dimeterai bersama Primeworks Studio akan memberikan iQiyi keutamaan hak tayangan untuk drama-drama tempatan yang popular terbitan TV3. Ini termasuklah drama-drama popular utama yang akan boleh distrim di platform iQiyi pada hari yang sama ianya ditayangkan di TV3.Kesemua judul TV3 ini akan ditempatkan di satu ruangan khas di aplikasi iQiyi, yang juga boleh diakses melalui pautan www.iQ.com/local. Ruangan tontonan tempatan yang diberi nama ‘Local’ ini dijangka akan mengandungi lebih 1,000 jam senarai tontonan premium tempatan menjelang akhir tahun 2021.

Melalui kerjasama ini, jumlah penonton iQiyi bagi tontonan drama TV3 ini diperluaskan kepada pengguna di Singapura dan Brunei. Mereka akan dapat menonton rancangan istimewa Ramadan dan Hari Raya seperti Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu, serta senarai tontonan popular yang amat dinanti-nantikan iaitu sambungan drama, 7 Hari Mencintaiku 2 dan Budak Tebing.

Disamping kerjasama dengan syarikat Primeworks Studio, iQiyi turut menjalin kerjasama dengan Celcom. Kerjasama terjalin apabila Celcom menjadi syarikat telekomunikasi rasmi untuk rancangan variasi terulung terbitan iQiyi iaitu Youth With You 3 (YWY3). Rancangan variasi hit dari China ini telah mempunyai jumlah penonton yang tinggi di Malaysia yang menampilkan produksi berkualiti tinggi, pengalaman tontonan interaktif, serta dibarisi para juri ternama seperti Lisa dari kumpulan BLACKPINK, Li Ronghao dan Will Pan. Tahun ini, rancangan ini menawarkan fungsi interaktif terbaharu dimana penonton boleh membuat undian untuk peserta pilihan mereka, dan juga menulis nota kepada peserta tersebut melalui platform iQiyi.

SKIP THIS AD ×