berita

Irma Hasmie Puas & Syukur Dapat Bawa Anak Tunai Umrah – ‘Ada Cabaran, Tapi…’

December 12th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

‘Puas dapat membimbing anak-anak mendekati Tuhan’ antara luahan gembira pelakon, Irma Hasmie ketika membawa dua orang anaknya iaitu Redza Syah Irfhan dan Irma Nur Naylie tatkala menunaikan umrah, baru-baru ini.

Rasa puas dan syukur

Meskipun mempunyai sedikit cabaran, Irma berkata dia berasa puas dan bersyukur.

Umrah dengan anak-anak ni memanglah berbeza jika dibandingkan pergi bersendirian. Betul, ada cabarannya, tapi secara peribadi saya sangat bersyukur dapat bawa Irfhan dan Naylie. Saya senang hati, rasa aman dapat bimbing dan dedahkan mereka untuk lebih dekat pada Allah dan mencintai Rasulullah sejak dari usia kecil. Alhamdulillah, pengalaman serta detik-detik kenangan yang bahagia.

Tambah Irma, ibu-bapa tidak perlu rasa risau sekiranya hendak membawa anak-anak menunaikan umrah.

Jangan takut, jangan pikir negatif tapi sentiasa sangka baik pada Allah, Bismill?hi tawakkaltu ‘ala All?h. Percayalah anak-anak belajar banyak perkara dari trip umrah, sama macam bila mereka dapat pengalaman bercuti ke mana-mana kan. Ini pengalaman ke tempat Nabi kita, tanah suci.

Sumber: Irma Hasmie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×