Pelakon, Isa Khan meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pengguna media sosial yang melakukan konten menggunakan lagu trending berjudul ‘Jamilah’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tareq Fit Tegur Kaum Lelaki ‘Asyik’ Buat Trend ‘Jamilah’ – ‘Ini Bukan Aura Jantan Sejati’

Konten Jamilah mengarut?

Menerusi hantaran di platform Threads, Isa, 32, menyifatkan konten tersebut mengarut dan memalukan agama kerana kurang sopan serta mendedahkan aurat.

Jamilah? Trend memalukan dan menjatuhkan umat Islam. Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel dengan muka miang masing-masing, perempuan pula tak nak kalah dengan komen yang tak senonoh.

Tidak hanya itu, Isa juga mempersoalkan tindakan segelintir warganet terutama wanita berstatus isteri orang yang meninggalkan komen nakal.

Masalahnya bini orang pun nak menggatal sekali dan masalah paling besar adalah semua yang terlibat ini umat Islam. Korang semua ini dah putus urat malu ke apa? Dunia dah akhir zaman.

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya meluahkan pendapat yang sama dengan Isa dan berterima kasih kepada aktor itu kerana berani bersuara lantang.

Terdahulu, jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit turut menegur segelintir golongan lelaki yang membuat konten tersebut dan menasihati mereka supaya tidak mudah terjebak dengan perkara tidak mendatangkan manfaat.

Sumber: Threads