Pelakon, Isa Khan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir umat Islam, termasuk selebriti beragama Islam yang meraikan sambutan Halloween.

Artikel Berkaitan: Isa Khan Pelik Kenapa Ramai Netizen Benci Jofliam – ‘Dia Bukan Ada Dosa Dengan Kalian’

Artikel Berkaitan: ‘Bila Dapat Hidayah, Genggam Sampai Akhir Hayat’ – Isa Khan Titip Nasihat Buat Norreen Iman Selepas Tampil ‘Free Hair’

Umat Islam sambut?

Isa atau nama lengkapnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 33, berpendapat sambutan tersebut tidak sepatutnya diraikan oleh umat Islam kerana bercanggah dengan syariat dan boleh menjejaskan akidah.

Saya lihat ramai sangat umat Islam, malah artis beragama Islam sibuk mahu raikan Halloween. Kalian semua tahu tak apa Halloween sebenarnya?

Halloween adalah sebuah ritual meraikan roh-roh orang yang sudah mati. Perkara ini boleh membuatkan akidah terpesong.

Kenapa kalut sangat nak sambut dengan pakai kostum. Orang Kristian sendiri tidak sambut Halloween.

Dalam masa sama, Isa turut mengingatkan umat Islam agar lebih mengutamakan tanggungjawab serta kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Kita semua sudah banyak dosa, tak perlu ditambah lagi nak rai sambutan yang bukan mengikut ajaran Islam.

Kadang-kadang, perkara ini yang punca membuatkan kita liat nak solat, baca al-Quran. Tapi selalu salahkan Allah, cakap Allah tidak beri hidayah.

Sedangkan tindakan kita sendiri yang membuatkan kita berat lakukan perintah Allah. Tinggalkan perkara yang tidak sepatutnya, kembali ke jalan Allah.

Sumber: Threads