
Pelakon Isa Khan baru-baru ini meluahkan rasa kecewa terhadap arah perkembangan drama Melayu pada masa kini.
Artikel Berkaitan: Isa Khan Kecewa, Dakwa Ramai Semakin Kurang Berkongsi Isu Gaza – ‘Masa Sumud Flotilla Bukan Main Rancak’
Artikel Berkaitan: Isa Khan Anggap Konten ‘Jamilah’ Mengarut & Memalukan Agama – ‘Bini Orang Menggatal, Komen Tak Senonoh’
Banyak adegan tak senonoh
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Isa berpendapat bahawa kebanyakan drama kini didakwa semakin tidak senonoh dan menampilkan adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.
Drama Melayu sekarang banyak yang tak senonoh. Banyak adegan yang berunsurkan ‘Soft Porn’ hanya sebab nak naikkan rating, sampai menggadaikan maruah agama.
Drama TV ni dah la untuk tontonan umum, budak-budak kecik pun tengok kot. Tak habis-habis cerita pasal penyondol, patutlah ramai orang tak tengok TV dah.
Suami kepada pelakon Risteena ini menegaskan bahawa kandungan sebegitu bukan sahaja merosakkan imej agama, tetapi juga memberi pengaruh buruk kepada masyarakat, termasuk kanak-kanak yang turut menonton.
Nak berkarya biarlah yang ada manfaat untuk orang lain, bukan hanya untuk kepuasan sendiri dan mencemarkan imej agama Islam serta pengaruh buruk kepada masyarakat.
Susulan daripada itu, Isa berharap agar penggiat seni menghasilkan karya yang memberi manfaat selain membawa nilai positif dan mendidik penonton, selari dengan norma masyarakat dan agama Islam.
Sumber: Threads Isa Khan







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
