berita

Isi Masa Terluang Dengan Kutip Sampah, Cara Diana Danielle Didik Anak Cintai Alam Sekitar Dipuji

April 8th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kebiasaanya anak-anak kecil lebih banyak meluangkan masa bermain gadget pada masa lapang sehingga lupa tentang dunia luar rumah. Lain pula cara artis Diana Danielle yang juga seorang ibu kepada dua anak yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada alam sekitar dengan melakukan aktiviti membersihkan kawasan yang dipenuhi sampah sarap. Di laman Instagram miliknya, rata-rata netizen dan rakan artis menyokong tindakannya itu.

Kuatkan hubungan bersama alam sekitar

https://www.instagram.com/p/Bv8Nso-h__d/

Elakkan sikap penting diri

Diana turut mengatakan walaupun telah mengecapi kekayaan dan keselesaan hidup, sikap pentingkan diri dengan membiarkan alam sekitar menjadi kotor adalah tidak wajar. Hidup di dunia ini berkongsi bersama makhluk tuhan yang lain dan perlu di jaga dengan rapi.

Selain itu, dia turut menegaskan bahawa kita perlu mendidik anak-anak untuk sentiasa menghormati dan mencintai alam agar dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya. Gambar ini jelas menunjukkan mereka sekluarga sedang sibuk membersihkan sampah di kawasan itu.

Sokongan rakan artis dan pendapat positif netizen

Sumber: Diana Danielle

SKIP THIS AD ×