
Hos podcast Sembang Ohh Yeahh, Iskandar Rahman menafikan dakwaan bahawa dirinya dirasuk dalam episod terbaharu itu hanyalah lakonan semata-mata untuk meraih perhatian.
Artikel Berkaitan: Bekas Pengasuh Simpan Dendam Guna Ilmu Hitam, Anak Kecil Jadi Mangsa Rasuk – ‘Dia Akan Panjat Almari, Meja & Mata Memandang Tajam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berlakon Di Rasuk, Individu Ini Kongsi Cikgu Main Bomoh Di Sekolah?
Nafi berlakon
View on Threads
Menerusi penjelasan di Threads, Iskandar berkata insiden itu berlaku tanpa dirancang dan menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah kejadian sebenar.
Perkara itu tiada dalam perancangan.
Itu bukan paranormal. Wallahi tiada niat untuk ke arah itu.
Jelasnya, sepanjang mengendalikan siri podcast miliknya, dia tidak pernah merancang jalan cerita atau situasi tertentu bagi mana-mana episod.
Apa yang berlaku dalam podcast semua adalah raw.
Tiada daya upaya melainkan semua kehendak-Nya. Tidak pernah sekali pun episod podcast, saya rancang.
Semua adalah raw dan rakaman sebenar.
Sebelum ini, tular rakaman yang memaparkan Iskandar dipercayai dirasuk ketika sedang merakam podcast bersama Ustaz Syafiq Prai, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

