Penyanyi, Ismail Izzani mengakui pengalaman silam telah menjadikannya lebih bijak dan selektif dalam berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

Artikel Berkaitan: Ismail Izzani Dedah Ambil Masa Berbulan, Pujuk Suliza Salam Berduet Lagu ‘Janji Mama’

Artikel Berkaitan: ‘Raya Tahun Ini Lengkap & Pastinya Lebih Meriah’ – Ismail Izzani Syukur Keluarga Kecap Bahagia

Lebih ‘private’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ismail Izzani Zainal Nazeri, 26, berkata dia kini lebih selesa menjalani kehidupan secara privasi sambil menumpukan perhatian pada diri sendiri untuk memperbaiki kualiti kehidupannya.

Saya juga banyak teroka sukan. Alhamdulillah, saya jumpa beberapa hobi baharu. Ini gaya hidup yang berbeza.

Saya fikir lebih baik saya hidup seperti ini sahaja.

Namun, muzik tetap perkara yang saya tak boleh tinggalkan dan saya akan terus fokus dalam bidang ini, insya-Allah.

Ismail berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Bintang Uni-Verse 2026 di Menara Symphony baru-baru ini.

Bercerita lanjut, pelantun lagu Sabar itu juga meluahkan rasa bimbang mengenai penggunaan media sosial yang dilihat semakin berlebihan.

Saya fikir terlalu mendedahkan kehidupan peribadi bukan perkara yang bagus.

Sekarang kita boleh lihat macam-macam perkara dikongsi dalam media sosial termasuk isu rumah tangga dan hal keluarga yang sepatutnya bersifat peribadi, saya risaulah.

Perkara-perkara seperti itu membuatkan saya berfikir dan takut. Saya terfikir adakah perkara ini normal untuk berkongsi semua perkara dalam media sosial?

Daripada kesilapan yang pernah saya lakukan, saya belajar untuk menjadi lebih tertutup.

Sekadar makluman, syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) telah melancarkan edisi pertama program pencarian bakat Bintang Uni-Verse 2026 dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.

Lima universiti awam yang terlibat dalam program tersebut ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).