berita

Israel – Palestin Laksana Genjatan Senjata Selepas 25 Penduduk Palestin Terbunuh

May 7th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan penularan beberapa video serangan udara yang telah dilakukan Israel ke wilayah Palestin sehingga banyak nyawa terkorban. Pada Jumaat lalu, didakwa sebanyak kira-kira 600 roket dilancarkan dari Palestin ke Israel sehingga mengorbankan empat nyawa penduduk Israel.

Menurut laporan Al-Jazeera, Israel akan melakukan serangan darat selepas ini dan didakwa tentera Israel telah mengepung di sekitar wilayah Gaza.

25 rakyat Palestin terkorban

Israel telah melakukan serangan balas dengan melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Gaza dan dilaporkan sekurang-kurangnya 25 rakyat Palestin dilaporkan terkorban. Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata Hamas perlu bertanggungjawab atas serangan yang telah dilakukan mereka tempoh hari.

 Persetujuan genjatan senjata

Bagaimanapun, pegawai dari Palestin mengesahkan satu persetujuan genjatan senjata telah dicapai bersama tentera Israel bagi menghentikan siri serangan yang berlaku. Tambahan, persetujuan genjatan senjata ini telah dipersetujui dengan bantuan dari pegawai dari Qatar dan Mesir.

Perdana Menteri pemerintahan Pihak Berkuasa Palestin, Mohammed Shtayyeh menyifatkan bahawa kerajaan amat mengalukan genjatan senjata antara dua kerajaan ini. Tambahan, dia berharap untuk menghentikan peperangan ini dan mencapai keamanan buat dua pihak.

Any effort for ceasefire, especially the Egyptian efforts. We are hoping that this will lead to an end to the tragedy against our people and preserve their lives.

Pengumuman genjatan senjata

Namun, sehingga kita masih tiada sebarang penyesahan berjaya diperolehi pihak Israel. Sejak pengumuman genjatan senjata itu dibuat wakil Palestin tiada lagi serangan dilancarkan ke wilayah Gaza.

Kesan dari serangan udara itu, Palestin telah kehilangan banyak nyawa termasuk dua orang ibu mengandung dan 2 bayi, selain memusnahkan beberapa buah bangunan di wilayah itu.

Kesan dari serangan udara di Palestin

Sumber: Al-Jazeera, MailOnline

SKIP THIS AD ×