Vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham, selamat menimang cahaya mata perempuan hari ini. Menurut Ayie, isterinya, Tasha Awie dan bayi mereka berada dalam keadaan sihat. Tahniah Ayie dan isteri!
Terima kasih semua
View this post on Instagram
Menurut Ayie, dia bersyukur proses bersalin itu berjalan lancar dan berterima kasih buat semua yang mendoakan urusan mereka dipermudahkan.
Alhamdulillah berkat doa keluarga dan kawan-kawan semua, isteri saya sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Semua okay dan lancar. Buat masa ini, saya tengah siapkan apa yang patut untuk bayi kami. Sebarang perkembangan lain akan saya kongsi dari semasa ke semasa.
Pagi tadi, Ayie telah memuat naik foto isterinya sebelum dibawa ke dewan bersalin sebuah hospital di ibu kota. Pelbagai kata-kata semangat telah diberikan buat isteri tercinta sebelum mereka berdua menimang cahaya mata sulung sebentar tadi. Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu. Dua bulan selepas itu, mereka berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata.
Sumber: Ayie