Mendapat perhatian warganet baru-baru ini tentang pembelian sebuah topi keledar berharga RM 86,000 apabila pengurus kedai topi keledar itu sendiri memuat naik hantarannya di Facebook (FB).
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Tak Kisah ‘Merempit’ Dengan Suami, Mengaku Dua-Dua Tiada Kereta
Artikel Berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Pusing Melaka, Tetap Pakai ‘Helmet’ Utamakan Keselamatan
Hadiah kepada suami
Demi kasih sayang terhadap sang suami, seorang pengasas kosmetik dan juga pengusaha kantin di Sungai Petani sanggup berhabis duit untuk membeli sebuah topi keledar bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Wanita yang berusia 30 tahun itu tidak kisah untuk membeli secara tunai kerana topi keledar model Shoei Jforce Jack itu sangat menarik reka bentuknya dan merupakan keluaran terhad.
Saya peminat topi keledar dan sudah ada 12 buah koleksi, tetapi kerana ia berwarna kuning maka saya tidak fikir panjang untuk membelinya.
Lagipun topi keledar itu edisi terhad dan ada nilainya, malah kalau jual semula pun harganya masih tinggi dan ada orang sanggup beli dengan saya pada harga Rm100, 000.
Tidak menyangka akan terjual
Menurut pengurus kedai topi keledar itu, wanita tersebut ialah pelanggan tetapnya dan hanya memberitahu kepada wanita tersebut tentang stok yang baharu sampai. Dia tidak menyangka bahawa wanita itu akan terus membelinya pada hari yang sama.
Inilah topi keledar paling mahal pernah saya jual sejak premis dibuka pada 2015.
Berkenaan hantaranya di Facebook (FB), dia tidak menyangka perkara itu akan tular dan hanya sekadar ingin berkongsi dengan pengikutnya sahaja.
Sumber: Harian Metro, Facebook