berita

Isteri Berasmara Dengan Lelaki Lain, Suami Bakar Hidup-Hidup

November 21st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita di kampung Gotiya, India didakwa mati dibakar oleh suaminya selepas dia melihat isterinya dalam keadaan intim bersama lelaki lain.

Artikel Berkaitan: Kejam! Isteri Bakar Suami Sebab Kulit Gelap & Hodoh

Artikel Berkaitan: Empat Sekeluarga Termasuk Bayi 6 Bulan Maut Dikelar, Mayat Dibakar

Dibakar hidup-hidup

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Deccan Herald, mayat mangsa, Anjali, 35 ditemui lewat malam Sabtu di sebuah padang berhampiran kampung Gotiya.

Pihak polis telah mehanan suami mangsa, Nepal Singh atas tuduhan membunuh selepas keluarganya menuduhnnya membakar Anjali hidup-hidup.

Semasa disoal siasat, Nepal Singh mengaku dia telah membunuh isterinya kerana dia mempunyai hubungan luar nikah dengan lelaki lain.

Menurut polis, ketika kejadian, suspek melihat isterinya sedang berbaring di atas timbunan jerami bersama seorang lelaki lalu dia membakar timbunan itu dan melarikan diri.

Tambahnya lagi, mayat mangsa dihantar untuk melakukan bedah siasat manakala nasib teman lelakinya masih tidak diketahui.

Sumber: Deccan Herald

SKIP THIS AD ×