Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-36, pelawak, Achey Bocey menerima hadiah istimewa daripada isterinya Nor Hasanah Yahaya. Kalau korang nak tahu, Hasanah telah mendapatkan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka mendapatkan zuriat sendiri.
Mula 6 Ogos lalu
Menerusi satu video di laman Instagram, Nor Hasanah atau mesra dipanggil Anne berkongsi perjalanan ketika menjalani rawatan itu selain menitipkan ucapan hari lahir buat suami tercinta. Difahamkan, Anne melakukan rawatan tersebut di sebuah hospital pakar di Masai, Johor Bahru.
Happy birthday sayang, tahun ni hadiah terindah saya bagi dekat awak. Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia akhirat. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan. Amin.
Di samping itu, Anne turut mengucapkan terima kasih kepada Achey kerana menjalani kehidupan susah senang bersama sejak 11 tahun lalu.
Perjalanan pertama kami
View this post on Instagram
Video berdurasi hampir seminit itu memaparkan Anne, Achey dananak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Dr Thokha Muhammad. Dr Thokha merupakan doktor yang popular di media sosial kerana sering berkongsi video inspirasi mengenai pasangan yang berjaya memperoleh zuriat hasil rawatan dilakukan.
Sumber: Anne Achey