Sekadar gambar hiasan
Tidak dinafikan, ikatan kekeluargaan termasuk hubungan antara adik-beradik sememangkan akrab. Akan tetapi, batas pergaulan antara adik-beradik berlainan jantina perlu dijaga bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa bimbang dengan keakraban si suami dan adik perempuannya yang langsung tidak menjaga batas pergaulan.
Suami tak jaga batas pergaulan
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu memberitahu bahawa dia sememangnya tahu bahawa adik iparnya itu sangat akrab dengan suaminya sehingga membuatkan mereka tidak segan untuk tidur dalam bilik yang sama.
Jarak umur mereka tak jauh, masing-masing dah besar. Sebelum kitorang kahwin, saya dah tahu yang dia selalu je tidur dengan adik perempuan dia dalam bilik, baring sama-sama dekat ruang tamu sambil peluk.
Tambah wanita itu lagi, meskipun dia sudah berkali-kali menegur si suami agar menjaga batas namun lelaki itu hanya memberi alasan tidak akan berlaku perkara buruk kerana itu hanyalah hubungan antara adik-beradik.
Saya dah tegur dah yang sepatutnya dari kecil lagi perlu dipisahkan tempat tidur, dah besar pun kena ada batas walaupun adik beradik. Mak bapa diorang pun tak pernah tegur. Pernah depan saya diorang bergurau, suami tampar bontot adik dia.
Wanita itu akui, dia masih belum terbiasa dengan keadaan sebegitu kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang menjaga batas pergaulan. Malah, tidak pernah berkongsi bilik yang sama dengan adik-beradik yang berlainan jantina.
Kalau balik rumah mak mentua, mesti saya selalu kena ada dengan suami, kalau dia tak ada dengan saya, saya akan jadi cemas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berharap agar wanita itu dapat mencari jalan penyelesaian termasuk menasihati suami dan adik iparnya itu agar menjaga batas pergaulan.
Sumber: X twtsecretmy