berita

Isteri Caprice Hamil 5 Bulan

September 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Selebriti media sosial, Caprice mengumumkan isterinya iaitu Farah Inalis kini sedang hamil lima bulan. Tahniah!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kesian Mondy. Ibu, Bapa Tiri Dia Dah Kena ‘Gula-Gula’ Dengan Bukti Chat Yang Confirm Fake’ – Caprice

Hamil 5 bulan

Ketika ditemui OhBulan! Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata sekarang adalah waktu yang sesuai untuk dia berkongsi berita gembira itu kepada umum.

Selepas saya kahwin ramai yang tanya saya bila nak ada anak. Bukan saya tak mahu tapi ada beberapa kekangan termasuk urusan perniagaan, jadi waktu itu saya tidak bersedia untuk ada anak.

Jadi hari ini saya ingin berkongsi kepada semua, alang-alang ada media, isteri saya sedang hamil lima bulan. Alhamdulillah.

Minta semua mendoakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga terutama isteri dan bayi di dalam kandungan.

Caprice mengumumkan berita itu ketika ditemui pada majlis sidang media produk jenama Thor X yang berlangsung di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Imbas kembali, Caprice dan Farah Inalis atau mesra dengan sapaan Elis mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

SKIP THIS AD ×