berita

Isteri Da’i Syed Keguguran

July 26th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Da'i Syed

Di Instagram, pendakwah selebriti, Dai’ Syed Iqmal memberitahu isterinya, Hana Ismail mengalami keguguran.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Nampak Foto Imbasan ‘Ultrasound’, Da’i Syed Bakal Jadi Bapa?

10 minggu sahaja

Dai' Syed

Menurut Dai’ Syed, isterinya keguguran ketika kandungan mencecah 10 minggu. Berikutan daripada itu, isterinya ditahan di sebuah hospital bagi menjalani proses DNC.

Berat hati ini ingin khabarkan, semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata. Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja. Hari ini , isteri saya akan menjalani proses DNC di Hospital KPJ , mohon doakan untuk beliau.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Dai’ Syed dan isteri akan dikurniakan zuriat selepas ini.

Terdahulu, Dai’ Syed dan Hana seakan memberi bayangan bakal jadi ibu bapa menerusi Instagram (IG). Menerusi hantaran di Instagram, Syed memuat naik satu video yang memaparkan mereka sedondon memakai busana berona putih sedang berpiknik di sebuah tasik.

Meskipun tidak mengesahkan secara terperinci, netizen mendakwa terselit sekeping gambar imbasan ultrabunyi (ultrasound) di dalam rakaman itu.

Sumber: Da’i Syed

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×