Sebelum ini, isteri kepada penyanyi, Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani yang diadakan pada bulan September yang lalu.
Berikutan daripada itu, penganjur konsert tersebut iaitu Aalan Ahmad berkata dia tidak bercadang mengambil tindakan terhadap Juliana berhubung dakwaan itu.
Salah faham
Menurut Aalan, Juliana mungkin tersalah faham sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian. Tambah Aalan, tiket konsert tersebut hanya dijual sebanyak 365 keping dan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120.
Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan. Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120. Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.
Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30. Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit.
Sumber: Harian Metro