berita

Isteri Dato Azizulhasni Selamat Bersalin Cahaya Mata Ketiga

February 16th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jaguh berbasikal negara, Dato Azizulhasni Awang berkongsi berita gembira kepada umum bahawa isterinya, Athiah Ilyana Abd Samat telah selamat bersalin anak ketiga mereka, semalam. Tahniah!

Isteri dan anak sihat

Berita tersebut dikongsikan oleh Azizul menerusi akaun Instagram miliknya. Menurut Azizul, dia bersyukur kerana urusan isterinya untuk bersalin dipermudahkan oleh Allah. Ujar Azizul lagi, isteri dan anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat.

Alhamdulillah syukur. Isteri saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami pada awal siang tadi. Kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang terbaik.

Azizul turut berterima kasih kepada semua individu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga. Di ruangan komen, rata-rata kenalan rapat dan selebriti turut memberi ucapan tahniah buat Azizul dan isteri.

Sumber: Azizulhasni Awang

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×