Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai bintang pop terkemuka, Justin Bieber yang dikatakan mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus Ramsay Hunt Syndrome.
Artikel Berkaitan: Alami ‘Ramsay Hunt Syndrome’, Justin Bieber Batalkan Konsert Di Malaysia?
Keadaan semakin baik
Terbaru, isteri kepada Justin Bieber, Hailey, mendedahkan keadaan suaminya semakin baik dari sehari ke sehari selepas menghidap sindrom berkenaan. Ujarnya lagi, Justin banyak menerima sokongan daripada rakan-rakan, peminat dan anggota keluarganya.
Jelas sekali ia hanya situasi yang sangat menakutkan tetapi dia baik-baik saja.
Sindorm Ramsay Hunt yang dialami oleh pelantun lagu Baby ini, menyebabkan muka kanannya lumpuh. Pada Mac lalu, Hailey mendedahkan Justin mengalami hilang deria rasa di hujung jari dan bahagian kanan mukanya ketika mereka sedang bersarapan bersama.
Susulan daripada itu, Hailey menganggap suaminya berkemungkinan diserang strok sebelum penyanyi popular ini dihantar ke sebuah hospital di Palm Springs, California.
Sumber: Hailey