berita

Isteri Dedah Kisah Sebenar Insiden Suami Bertumbuk Di Tol, Netizen Sumbangkan Duit Tolong Bayar Denda

September 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini viral video membabitkan dua individu yang bertumbok di sebuah plaza tol akibat rasa tidak puas hati. Susulan daripada kejadian itu, dua individu terbabit masing-masing mengalami kecederaan dan disiasat oleh pihak polis.

Terbaru menerusi laporan mStar, isteri kepada lelaki Melayu yang terbabit dalam kejadian itu menjelaskan perkara sebenar yang terjadi kepada umum.

Ada provokasi dengan kereta lain

Menurut wanita itu, sebelum ini mereka memang sering berdepan dengan pembuli jalan raya namun tidak seteruk kejadian yang berlaku pada Selalu lalu.

Menerangkan tentang kejadian yang berlaku, dia berkata semasa kejadian dia, suami bersama dua lagi anaknya sedang dalam perjalanan ke Damansara.

Katanya di awal lagi, telah berlaku provokasi di antara mereka dengan sebuah kereta lain sebelum pergaduhan di Plaza Tol Bukit Kiara terjadi.

Kami selalu berdepan dengan pembuli jalan raya, tetapi inilah yang paling teruk dan menyusahkan.

Tak tahu apa masalah pemandu tu

https://www.facebook.com/OnlineMalaysia1/videos/450164495585186/?t=6

Jelas wanita bernama Yusmarlis itu lagi, dia berkata pada awalnya kereta yang dipandu suaminya berada di laluan paling kanan, namun cuba mengubah ke laluan kiri apabila menyedari terdapat kereta yang sedang dipandu laju di belakang.

Bagaimanapun katanya, kenderaan yang dipandu lelaki Cina itu secara tiba-tiba memotong dari arah kiri dan berada dekat dengan kereta yang dinaiki mereka.

Saya tidak tahu apa masalah pemandu itu. Pada mulanya suami memandu di laluan paling kanan dan apabila menyedari ada kereta laju di belakang, dia cuba mengubah ke laluan kiri.

Dan ketika itu kenderaan itu tiba-tiba memotong dari arah kiri dan berada dekat kereta kami. Saya memang tidak tahu apa masalah dia yang memandu secara tidak selamat.

Dia yang mula serang suami

Bercerita lebih lanjut, wanita berusia 32 tahun itu berkata ketika sampai sahaja di tol, suaminya memberhentikan kenderaan dan mula diserang lelaki tersebut.

Sampai di depan tol, suami berhentikan kenderaan dan dia mula menyerang suami. Memang ada pergelutan di situ dan suami cuba pertahankan diri. Kalau lihat dalam rakaman video, suami saya cuba untuk berhenti bergaduh.

Suami dihadapkan ke mahkamah

Selepas kejadian, mereka kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak berkongsi video yang dirakam olehnya itu memandangkan kes sedang dalam siasatan.

Wanita itu berkata disebabkan oleh kejadian itu, suaminya kini terpaksa dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan bergaduh di tempat awam.

Keesokannya (Selasa) video itu sudah jadi viral. Viral itu bukan dari pihak kami. Jadi memandangkan kes dah viral, polis terus memanggil pemandu itu memintanya membuat laporan seterusnya dia dan suami dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat.

Anak cedera

Ekoran daripada kejadian, anaknya yang berusia 4 tahun mengalami kecederaan kerana terhantuk di bahagian kerusi meskipun sudah memakai tali pinggang keledar.

Dia bagaimanapun tetap berterima kasih kepada netizen yang menonton video itu kerana rata-ratanya memahami situasi sebenar yang berlaku.

Sesiapa sahaja yang berada dalam situasi kami mestilah marah kerana ia melibatkan nyawa kami terutamanya anak kecil. Saya harap kes ini biarlah diselesaikan secara adil.

Minta derma

Sementara itu, lelaki tersebut menerusi Facebooknya Fazrien Yin telah memohon bantuan orang ramai untuk memberikan derma bagi membantunya membayar denda yang telah dikenakan oleh pihak berkuasa iaitu sebanyak RM1000. Katanya jika gagal membayar denda dia boleh dipenjarakan selama 6 bulan.

Netizen sumbang

Menerusi satu makluman di Twitter faeznasirr, dana yang diminta lelaki itu berjaya dikutip atas sumbangan netizen yang prihatin terhadap nasib yang menimpa dirinya.

Sumber: mStar, Facebook Fazrien Yin, Twitter faeznasirr

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×