Di aplikasi X, seorang wanita tampil menceritakan mengenai tingkah laku suami sendiri yang suka terhadap pekerja perempuannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jumaat Ini Birthday Fazura, Fattah Tahu Apa Yang Sepatutnya Kena Buat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Nafi Fazura Fail Cerai Sebab Fattah Curang – ‘Mereka Tiada Persefahaman’
Jemput hantar staf balik rumah
Menurut wanita berkenaan, dia baru sahaja mengambil seorang staf perempuan untuk bekerja dengannya tiga bulan yang lalu. Staf perempuan itu seorang yang cantik dan masih muda.
Saya perasan suami layan dia sangat berbeza berbanding staf lain. Saya memang dah berprasangka macam-macam. Sebab banyak sangat insiden contoh jemput hantar staf balik rumah, jumpa staf malam-malam dekat tempat kerja. Sampai rasa nak memberhentikan staf ni.
Tambah wanita tersebut, dia berasa sangat terluka apabila suaminya melakukan perkara seperti itu.
Sebab saya yang bersusah payah dengan dia. Masa dia hampir bankrupt, saya picked him up. Masa keluarga dia buang dia, saya yang ada dengan dia all the time. I keluarkan all my savings, buat loan utk cover dia. Bila dia dah senang, semudah tu je dia nak kawin lain.
Bukan nak buka pekung atau nak raih simpati, tapi bila baca kes yang viral baru ni, terkesan sangat kat hati ni. Saya faham sangat perasaan isteri dia. Kita ni wife, berhak ada rasa cemburu. Lain lah kalau memang dah tak sayang, tak ada apa-apa perasaan.
Stay strong!
Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian Fazura yang turut menitipkan kata-kata semangat buat wanita berkenaan. Fazura berharap wanita itu kuat dan tabah.
Sumber: X