berita

Isteri Didakwa Gagal ‘Terbang’ Ke Eropah, Hafizh Syahrin Mohon Netizen Jangan Salahkan KBS

June 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Atlet sukan permotoran iaitu Hafizh Syahrin Abdullah meluahkan rasa kekecewaannya di laman IG Stories terhadap pihak Imigresen Malaysia selepas isterinya dimaklumkan gagal untuk mengikuti Hafizh menyertai perlumbaan di Eropah. Malah, difahamkan pengalaman perlumbaan yang lalu membuka mata Hafizh untuk memastikan salah seorang individu yang dekat berada bersamanya.

Status berkenaan bagaimanapun telah undang salah faham dalam kalangan netizen. Rata-rata bersangka masalah tersebut membabitkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ini penjelasan Hafizh ekoran perkara tersebut.

‘Sumpah saya tak faham’

Difahamkan sebab pihak Imigresen Malaysia tidak membenarkan isteri Hafizh berangkat ke Eropah adalah situasi negara yang diserang pandemik Covid-19. Selain, perlaksaanan ‘total lockdown’ di negara ini bagi membendung perjalanan ke luar negara dihadkan.

Tambah Hafizh lagi, tujuan isterinya ke Eropah bukan untuk makan angin tetapi adalah bagi menemani Hafizh sekiranya sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti perlumbaan MotoGP sebelum ini.

‘Tiada kaitan dengan KBS’

Susulan itu, Hafizh turut menjelaskan mengenai posting sebelum ini bahawa tidak ada kena mengena dengan pihak KBS. Difahamkan, postingnya itu adalah untuk menyatakan kesukaran kerjasama dari pihak Imigresen Malaysia untuk membenarkan isterinya ke Eropah bagi tujuan menemani suami.

Hafizh turut memohon maaf kepada pihak KBS sekiranya posting berkenaan telah menyebabkan salah faham dalam kalangan netizen. Dia turut mengharapkan agar orang ramai tidak tunding jari dan salahkan pihak KBS.

Sumber: Hafizh Syahrin

SKIP THIS AD ×