Pelakon, Fadlan Hazim tidak dapat menyembunyikan kesedihan apabila tiada seorang pun keluarga dari pihak isterinya dapat hadir ke majlis akad nikahnya, semalam.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Fadlan Hazim Sah Jadi Suami Wanita Kazakhstan
Terbaru, isteri Fadlan iaitu Aiya telah memuat naik satu posting di Instagram Story berhubung sebab keluarganya tidak dapat menghadiri majlis tersebut.
Untuk memberi penjelasan
Menurut Aiya, keluarganya tidak dapat menghadiri majlis akad nikah kerana ibunya mengalami masalah kesihatan dan terpaksa menerima rawatan. Oleh sebab itu, Aiya berharap netizen tidak membuat sebarang andaian mengenai perkara tersebut. Tambah Aiya, ahli keluarganya akan menghadiri majlis resepsi nanti.
Ianya sangat susah untuk berkahwin di negara orang lain dan tiada siapa pun di sisi saya. Tolong jadi baik. Ya, saya dari Kazakhstan dan saya tidak akan lupa asal usul saya.
Terdahulu, Fadlan berkata perkahwinannya dengan Aiya telah mendapat restu kedua belah ahli keluarga. Meskipun, keluarga mentua tidak dapat hadir, Fadlan memberitahu dia sempat membuat panggilan video dan mereka mengucapkan tahniah. Fadlan dan Aiya selamat disatukan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.27 pagi.
Sumber: Aiya