berita

Isteri Finalis Imam Muda Buka Mulut, Dakwa Diceraikan Selepas Suami Nikah Lain

July 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Finalis program Imam Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan didakwa telah menceraikan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Menerusi Harian Metro, Imam Muda dilaporkan telah menceraikan isterinya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Dikasari isteri baru suami

Sekadar gambar hiasan

Menurut Nur Hidayu, dia mendakwa dikasari isteri baru suaminya itu selepas suaminya bercadang untuk menceraikan salah seorang daripada mereka. Tambahnya, ketika kejadian dia baru selesai menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.

Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu berang apabila suami memaklumkan dia mungkin akan menceraikan salah seorang daripada kami. Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik.

Namun, apabila suami bercakap mahu menceraikan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah. Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya.

Dakwanya lagi, madunya itu telah menendang, memijak kaki serta memulas tangan. Hidayu mengatakan dia sudah mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.

Menikah ketika melahirkan anak kelima

Sekadar gambar hiasan

Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena.

Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.

Mengenai berita perkahwinan suami, Hidayu mendakwa suaminya sudah menikah dengan wanita tersebut pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka. Tambahnya, dia mengesan perubahan mendadak suami apabila kerap pulang lewat termasuk tidak pulang ke rumah langsung. Di samping itu, suaminya juga didakwa tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya.

Hidayu turut mendakwa sebelum ini suaminya pernah bercerita mengenai hasrat untuk berpoligami. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka suaminya tetap meneruskan hasrat tersebut termasuk mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada Syed Faris berhubung isu perceraiannya dengan isteri.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×