Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Hargai Isteri Mengandung, Beri Wang Tunai Dalam Sampul Tebal – ‘Terima Kasih Jadi Suami Terbaik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Amboi Suka-Suka Je Menaip, Macamlah Tahu Kehidupan Saya’ – Shakilla Khoriri
Bersalin anak perempuan
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Ali, 35, menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Syukur alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga.
Yeah, mama (Siti Zulaiikha) dah selamat lahirkan baby girl (perempuan). Kuat mama tadi, hampir 6 jam bertarung untuk bersalin normal.
Jadi sekarang bertambah lah seorang lagi perempuan dalam hidup daddy (Fizi).
Sementara itu, Fizi ketika dihubungi OhBulan! memberitahu, bayi seberat 3.36 kg itu dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, Fizi turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan isterinya sedang terbaring di atas katil sebuah pusat perubatan sambil meletakkan bayinya di atas dada.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah kepada Fizi dan isteri.
Imbas kembali, Fizi dan Siti Zulaiikha mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu.
Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofea yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Instagram