berita

Isteri Fizo Omar Dikritik Pakai Baju Putih Ketat

November 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

mawar fareeda 1-1

Kami tumpang gembira apabila melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh Fizo Omar dan isterinya, Mawar. Meskipun masih belum dikurniakan cahaya mata, mereka sememangnya amat menyayangi antara satu sama lain.

Tapi, kami pun pelik bila ada sesetengah pihak seringkali mencari kesalahan pasangan ini. Antara yang selalu dipertikaikan adalah cara pemakaian baju Mawar.

Artikel Berkaitan: Jersi Ketat Mawar Punca Fizo Omar Ditegur Netizen

Tak salah kami dah berkali-kali netizen mengkritik baju Mawar yang didakwa terlalu ketat sehinga menampakkan susuk badannya.

fizo omar

Kali ini, video percutian mereka di Langkawi pula menjadi mangsa apabila baju berwarna putih yang dipakai oleh Mawar dikatakan agak sendat.

Bagi kami, tidak salah rasanya nak memberi nasihat, tetapi biarlah secara personal kerana perkara ini jika ditegur secara terbuka dikhuatiri bakal menjatuhkan aib orang pula kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×