

Penampilan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi tumpuan warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Baby Bump Tapi Lemak’ – Isteri Haqiem Rusli Dedah Berat Badan Naik 9 Kg, Tak Akan Sembunyi Terutama Dengan ‘Qiemilio’
Tayang rambut

Menerusi Instagram Stories, Anis memuat naik foto mengenakan selendang namun memperlihatkan bahagian rambut.
Di hantaran tersebut, usahawan berumur 21 tahun itu hanya menulis kapsyen ‘SHR’ yang bermaksud ‘Selamat Hari Raya.’
Selain itu, pemilik nama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri turut memadam kesemua foto dirinya bertudung dan gambar pelantun lagu Tergantung Sepi.
Hanya tiga ‘posting’ yang ditinggalkan iaitu OOTD raya 2023, gambar ‘free hair’ pada tahun 2021 dan kenangan bersama arwah abang.
Bagaimanapun, Anis dilihat memilih untuk menutup ruangan komen.
Hasil pemerhatian OhBulan!, Anis dan Haqiem masih saling mengikuti di media sosial.
Sekadar info, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021.
Majlis perkahwinan itu menjadi topik hangat apabila nilai keseluruhan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.
Sumber: Instagram



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)