Sekadar gambar hiasan
Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila mengetahui suami yang dipercayainya selama ini tergamak berlaku curang sehingga menghamilkan wanita lain.
Isteri kanser tahap 4, suami curang
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran yang dikongsikan semula di platform X, seorang individu menceritakan kembali kisah hitam yang dilalui dalam rumah tangga kakaknya.
Menurut individu ini, kakaknya dan suami memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun. Tetapi apa yang menyedihkan apabila abang iparnya itu tergamak menjalinkan hubungan dengan wanita lain sehingga hamil tatkala isterinya sedang bertarung nyawa melawan kanser tahap empat.
Kakak saya ada kanser tahap 4 dan sekarang tengah buat rawatan chemotherapy. Suami dia curang sampai perempuan tu mengandung.
Lebih teruk apabila abang iparnya itu kini sudah berbulan tidak pulang ke rumah dan culas dalam memberikan nafkah kepada isteri dan anaknya.
Dah berbulan dia tak balik rumah dan tak bagi duit untuk beli susu dan pampers anak.
Susulan daripada apa yang berlaku, individu ini meminta pandangan orang ramai tentang prosedur atau tindakan yang boleh diambil oleh kakaknya terhadap suami.
Sumber: X Meinmokhtar