berita

Isteri Kelima Hartawan Dubai Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan

June 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita dari Thailand menjalani kehidupan yang sangat mewah selepas berkahwin dengan jutawan Dubai iaitu Ahmed Nu Al Sarunee.

Jadi isteri hartawan Dubai

Muna Al Sarunee merupakan seorang janda anak dua. Selepas bercerai dengan suaminya yang terdahulu, Muna akhirnya berkenalan dengan Ahmed sekitar tahun 2010. Menurut Muna, meskipun dia tahu Ahmad seorang hartawan namun dia langsung tidak terfikir untuk berkahwin dengan Ahmed.

Tetapi Ahmed yang banyak menunjukkan usaha untuk menambat hati Muna. Selepas menjalinkan hubungan cinta jarak jauh selama empat tahun, mereka berkahwin ketika usia Muna hampir 60 tahun dan Muna sah menjadi isteri kelima Ahmed.

Terima nafkah RM2.1 juta sebulan

Menurut Muna, madu-madunya yang lain tinggal bersama di bawah satu bumbung di Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Bercerita dengan lebih lanjut, Muna akui sejak menjadi isteri Ahmed, kehidupannya berubah sehinggakan dia tidak dibenarkan bekerja.

Dalam keluarga Ahmed, banyak peraturan perlu diikuti. Antaranya adalah setiap kali menyertai aktiviti sosial atau sekadar bersarapan, semua anggota keluarga perlu memakai berlian, perhiasan, bersolek dan memakai pakaian mewah.

Tugas harian saya adalah bersolek, berbelanja, pergi ke spa dan menemani suami menghadiri acara orang kaya. Saya sangat berpuas hati dengan kehidupan masa kini.

Difahamkan, Muna menerima nafkah berjumlah 1.7 juta dirham bersamaan RM2.1 juta setiap bulan. Dia juga mempunyai 16 pembantu untuk menguruskan kehidupannya dan 20 pengawal peribadi.

Sumber: Detik

SKIP THIS AD ×