berita

Isteri Kena Kacau Dengan ‘Najib’, Daddycap Bagi Masa 24 Jam Untuk Datang Bersemuka

May 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi rap Caprice mendedahkan isteri tercinta, Farra Inalis diganggu oleh seorang lelaki yang dikenali dengan nama Najib di aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan: ‘Bagaimana Nak Kata Tidak Kepada Anak Yang Comel?’ – Daddycap Susah Nak Tegas Dengan Aleesya, Netizen Baik Hati Kongsi Ilmu Keibubapaan

Jangan main gila

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice atau nama baharu ‘Daddycap’ menunjukkan bukti kiriman mesej yang diterima isteri yang berbunyi, ‘Elis. I like your selfie.’

Berang dengan tindakan biadab itu, Daddycap, 33, menegaskan lelaki tersebut sudah melampaui batas apabila mengganggu rumah tangganya.

Pertama kali, saya tak kisah kalau orang Malaysia benci saya. Tetapi apabila awak mula kacau isteri atau anak saya, awak dah cross the line between my personal life. Saya akan mula fikir keselamatan isteri dan anak saya.

Kali pertama awak mesej, kami fikir awak gila. Kami bagi amaran saja dan fikir mamat ini tak akan kacau lagi. Tapi salah, hari ini juga dia mesej isteri saya. Jangan main gila terutama keluarga.

Daddycap turut berkongsi gambar profil WhatsApp Najib serta nombor telefonnya kepada umum.

Datang bersemuka

Dalam pada itu, pemilik nama Ariz Ramli memberi tempoh masa 24 jam untuk pemuda terbabit datang bersemuka dan membuat permohonan maaf secara empat mata.

Najib! Awak ada masa 24 jam untuk cari Caprice dan minta maaf depan-depan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet sokongan dengan tindakan pelantun lagu Lenglui yang menjalankan tugas suami dalam melindungi keluarga.

@haziq_whuut: Anda melakukan perkara yang betul. Sentiasa lindungi keluarga walau apa pun.

@cynta_cynta: Mesti dia bajet, Elis akan suka dia sebab dia botak sama macam Caprice. Tolong la kaum Adam, jangan kacau isteri orang! Dan kaum Hawa, jangan kacau suami orang.

@hayatul.nufus: Good job Caprice. Memang impian para isteri nak tengok suami dia bagi reaksi macam ini kalau orang kacau. Jangan suruh blocked saja. Kadang tak makan saman. Kena ajar sikit baru dapat pengajaran. Mana tahu, kalau blocked dari awal, dia kacau orang lain pula.

Sekadar info, Daddycap berkahwin dengan Farra Inalis atau Elis, 26, yang berasal dari Kelantan pertengahan November tahun lalu secara senyap-senyap tanpa sebarang hebahan media.

Sebelum ini, Elis merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan, Aleesya Sofia.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

SKIP THIS AD ×