berita

Isteri Kerja Sampai Pengsan, Suami Duduk Rumah Macam ‘Biawak Hidup’

November 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Dalam melayari alam perkahwinan, seorang suami telah diamanahkan untuk menjaga serta menyayangi isteri dan anak-anaknya. Tugas seorang suami adalah untuk mencari nafkah buat keluarga, manakala tugas seorang isteri pula adalah untuk melayani suaminya.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial kisah malang seorang isteri ini apabila suaminya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik, malah hanya duduk ‘bergoyang kaki’ di rumah sehingga menimbulkan rasa geram dalam kalangan netizen yang membaca.

Tiba-tiba pengsan

Kisah tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Twitter ini di mana dia bekerja dalam sebuah hospital yang sama dengan wanita malang berkenaan.

Memulakan kisahnya, individu ini berkata seorang jururawat, iaitu wanita dalam kisah ini telah jatuh pengsan ketika sedang menjalankan tugas. Rupa-rupanya, wanita tersebut sedang mengalami demam panas.

Tak boleh ambil cuti

Ceritanya, menurut wanita itu dia tidak boleh mengambil cuti memandangkan semua cutinya sudah habis digunakan.

Selepas dirawat oleh doktor, dia dinasihatkan supaya tinggal di wad kerana kesihatan yang tidak memuaskan. Namun apa yang mengejutkan, suami kepada wanita tersebut tidak mengizinkannya dengan memberikan alasan yang kurang munasabah.

Kata individu ini, hasil ‘temubual’ dia bersama jururawat yang lain mendapati bahawa suami kepada wanita tersebut sebenarnya tidak bekerja malah semua keperluan rumah juga ditanggung oleh wanita ini.

Tak boleh brain

Netizen pun bengang

Perkongsian lelaki ini telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

Malah, rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa geram mereka terhadap suami kepada wanita tersebut yang disifatkan sebagai langsung tidak bertanggungjawab.

Sumber: Twitter sedotgunastraw

SKIP THIS AD ×