berita

‘Bukalah Matamu, Lihat Anakmu’ – Isteri Koma Akibat Komplikasi Ketika Bersalin

January 9th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Akibat komplikasi semasa bersalin, seorang ibu dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar. Beliau yang selamat melahirkan bayi lelaki November lalu sehingga ke hari ini sudah 51 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Di Facebook, kakak berkongsi perkembangan terkini dan meluahkan rasa sedih dengan takdir yang menimpa adiknya.

Suami sentiasa di sisi

CORETAN KEADAAN MOKLAA..

22.10.2018 genap setahun perkahwinan mokla…

08.11.2018 tarikh due moklaaa… namun tiadaa tanda baby nk keluar.. menyebabkan moklaa over due…

14.11.2018 mokla berjalan dgn rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama… Suami sentiasa di sisi waktu ini..

Isteri koma akibat komplikasi

15.11.2018 mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE… sakit yg teramat namun rela kerana ank yg dikandung…

16.11.2018 INDUCE kali kedua keatas moklaa.. namun result tetap sama 2cm…

17.11.2018 INDUCE kali ketiga keatas moklaa.. result tetap sama… 2cm

18.11.2018 mokla ditolak ke bilik OT utk ceaser… maka lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg…

NAMUN… suami mendapat dua berita dari doktor.. satu baik dan satu buruk… 
Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma n akn dipindah kan ke unit rawatan rapi ICU…

Ketika itu Hanya Allah yg tahu perasaan seorang suami…

Ujian yang amat berat

18.11.2018 juga tarikh keramat buat keluarga n suami mokla.. Bila mana doctor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu operate bersalin…

Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara n kaum keluarga… Namun sebaliknya.. Hanya DOA minta kesembuhan yg diterima… ALLAHU…

Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya.. Ujian yg amat berat diterima…

Sekarang umur baby dah 51hari…
Moklaa d wad ICU jga 51 hari…
Suami setia menunngu d sisi isteri tercinta..

Pengorbanan seorang isteri utk lahirkan zuriat… pengorbanan seorang ibu utk keselamatan anknya… 
Allahuuu…

Perkembangan semasa dari kakak

Sumber : Hasirah Nujiey

The following two tabs change content below.